AKTIVITI KEBAJIKAN PERKIM DUNGUN

0 Comments

PERKIM Cawangan Daerah Dungun telah bekerjasama dengan Politeknik Sultan Mizan melalui Unit Bahasa Inggerisnya mengadakan program khidmat sosial membantu masyarakat yang memerlukan.Antara yang dibantu ialah tiga orang saudara kita. Bantuan berbentuk peralatan persekolahan dan juga barangan dapur.PERKIM Dungun diketuai sendiri oleh YM Ustaz Raja Ibrahim Raja Manis, pengerusi cawangan. Manakala pihak Politeknik Sultan Mizan pula diwakili pensyarah-pensyarah Unit Bahasa Inggerisnya.Tahniah dan selamat majujaya Cawangan Daerah Dungun.