MISI BANTUAN BANJIR

0 Comments

Biarpun agak terlambat, tetapi kami tetap hadir membantu apa yang mampu. Walaupun agak terhad dari segi tenaga dan kelengkapan, kami cuba sedaya untuk menyantuni saudara-saudara yang terlibat dengan banjir.
Dua buah rumah kami bantu sekadar termampu di Kampung Lubuk Pait. Juga kami singgah di Kampung Lebak dan menyantuni saudara kita. Oleh kerana kesuntukan masa, sumbangan barangan kami wakilkan kepada Pengerusi PERKIM Kuala Brang, Ustaz Haji Samsudin Drahman.
InsyaAllah jika berkesempatan kami akan kembali lagi. Doakan kami.