KEM RAMADHAN REMAJA ORANG ASLI

0 Comments

Sebagaimana tahun lepas, kali ini pihak urusetia PERKIM Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Perkim Unisza , PERKIM Cawangan Kuala Berang dan juga Penggerak Masyarakat JAKIM KOA Sungai Berua telah mengambil inisiatif mengadakan Kem Ramadhan untuk remaja orang asli.
 
Kem pendek berobjektif membimbing dan mendedahkan remaja orang asli dengan ibadah puasa ini telah diadakan di Kompleks Desa Taqwa, Kuala Telemong. Seramai 40 orang remaja orang asli terlibat.
Pengisian dalam bentuk bimbingan dikendalikan oleh pelajar-pelajar Kelab PERKIM Unisza dan dibantu oleh Majlis Belia PERKIM Terengganu.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBhg Prof Dr Ramle Abdullah, Pengerusi PERKIM. Turut hadir Puan Robiah Ismail , Penolong Setiausaha, Dr Mohamad Hafis Amat Simin dan Encik Mohd Mukmin Abdullah, AJK negeri, Ybhg Ustaz Haji Samsudin Drahman , Pengerusi Cawangan Kuala Berang, Ustaz Wan Baihaqui , PMOA JAKIM, Ustaz Zaid Hussain Pengerusi Penaja Majlis Belia PERKIM dan staf urusetia negeri.
Kem diakhiri dengan Solat Tarawih dan moreh. Juga turut diadakan penyampaian cenderahati kepada peserta dan petugas terlibat.