PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN BERSAMA WARGA PASAR PAYANG

0 Comments

Alhamdulillah, Khamis 23 Jun 2022 bertempat di Surau Dato’ Amar Pasar, PERKIM Terengganu berkesempatan menyertai Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin anjuran Biro Wanita Pasar Payang Terengganu.

Seramai 50 org warga pasar payang (wanita) telah bersama menyertai program ini. Turut diadakan Majlis Keraian Ulangtahun Kelahiran beberapa orang warga Pasar Payang, PERKIM Terengganu telah menyumbangkan pulut kuning sebagai tanda ingatan

Program ini diketuai oleh Puan Robiah Ismail Penolong Setiausaha Kehormat PERKIM Terengganu dan turut dihadiri oleh urusetia PERKIM iaitu Puan Rosnaliza Ahmadiah, Ustazah Aishah Abdul Wahab, Puan Nurfadhilah Alias, Ustazah Nariza Ibrahim dan Cik Nurul Amirah.

Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Biro Wanita Pasar Payang diatas jemputan program. Semoga silaturahim antara kita terus kukuh. InsyaAllah

#pasarpayang

#birowanita

#fastabikulkhairat

#perkimterengganu2022