BENGKEL PETUGAS RAMADAN BAGI IMAM DAN BILAL SAUDARA KITA

0 Comments

Pihak PERKIM TERENGGANU telah berkesempatan mengadakan program bengkel bimbingan untuk petugas-petugas Iftar Ramadhan PERKIM Terengganu yang dijangka bermula pada 5 April nanti.

Petugas yang dimaksudkan ialah saudara kita yang akan memainkan peranan sebagai imam dan bilal khususnya untuk Solat Terawih sepanjang program.

Alhamdulillah peserta dibimbing secara teori dan praktikal, pengalaman bertugas sebagai imam dan bilal pada tahun-tahun lalu membuatkan setiap petugas lebih bersedia.Mereka telah dibimbing oleh Ustaz Haji Ismail Noh dan juga Ustaz Mohammad Amer Imran.

Tahniah kepada semua, semoga kita dapat mengimarahkan Ramadhan dengan pelbagai amalan. InshaAllah. Moga kita semua berkesempatan menjalani ibadah puasa dengan baik.

#bengkelimambilal

#bimbinganmualaf

#ihyaramadhan1443H

#fastabikulkhairat