MAJLIS IFTAR BERSAMA SAUDARA KITA

0 Comments

Alhamdulillah Majlis Iftar anjuran PERKIM Terengganu pada 19 Ramadan yang lalu berjalan lancar. Antara pengisian Iftar ialah penyampaian sedikit tazkirah oleh Setiausaha Kehormat PERKIM Terengganu Tuan Hj Abd Ghafar Mamat, serta penyerahan zakat kepada Saudara Kita yang hadir.

Majlis Iftar juga diserikan dengan kehadiran crew RTM untuk rakaman siaran majlis Iftar bersama Saudara Kita.

Terima kasih kepada semua saudara kita yang hadir bersama keluarga dan juga sukarelawan. Kepada semua petugas, tahniah diucapkan.

#mudahkanmualafberbuka

#syukur

#fastabikulkhairat

#terimakasihygmenyumbang