MAJLIS IHTIFAL PERKIM TERENGGANU 2022

0 Comments

Alhamdulillah Majlis Ihtifal Perkim Terengganu yang diadakan pada 29 Januari di Dewan Utama Yayasan Islam Terengganu berjalan dengan lancar. Biarpun diadakan dengan ringkas dan penyertaan yang terhad kerana pematuhan SOP Covid-19, majlis berjaya diadakan sebaiknya.

Terima kasih kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), YBM Dato’ Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail kerana meluangkan masa merasmikan dan seterus menyampaikan hadiah dan penghargaan kepada pelajar-pelajar terpilih.

Ihtifal buat julung kali diadakan dalam sejarah Perkim Terengganu ini disertai oleh 5 entiti kelas pendidikan iaitu :

-Kelas Halaqah Al-Quran Saudara Baru

-Kelas Iqra & Al-Quran Kanak-kanak

-Kelas Fasohatul Qiraah Wanita

-Kelas Al-Quran Hujung Minggu

-Tadika Genius Perkim

Penganugerahan diberikan dalam beberapa kategori, antaranya :

– Pelajar Terbaik

– Bacaan Terbaik

– Penguasaan Tajwid

– Komitmen Kehadiran

– Kecemerlangan Mata Pelajaran (Tadika)

Pihak urusetia juga memberikan penghargaan khas kepada :

– Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kebajikan

– Keluarga Setia Bersama Perkim

– Penghargaan Guru-guru/Pembimbing

– Sijil Qiraah & Asas Tajwid

Tahniah untuk semua yang menjayakan majlis ihtifal kali ini. Khususnya kepada anak-anak tadika dan juga kumpulan salawat Saudara Kita yang telah menceriakan majlis dengan persembahan mereka.

Kepada semua pihak yang berminat untuk menyertai kelas-kelas AlQuran anjura Perkim Terengganu dan juga Tadika Genius Perkim, kami amat berbesar hati mengalukan penyertaan semua. Hubungi pihak kami dengan segera di talian 09-6193832.

#majlisihtifalperkimterengganu2021

#ihtifaltadika

#ihtifalkelasperkim

#ringkasdansederhana

#keraianpelajar

#fastabikulkhairat

#perkimterengganu2022

#alqurandihati