SANTUNI GELANDANGAN

0 Comments

Alhamdulillah, pada minggu lepas PERKIM Terengganu dengan kerjasama sukarelawan Kelab Perkim Unisza telah berjaya mengadakan program keprihatinan untuk golongan yang kurang bernasib baik sekitar Kuala Terengganu.

Majlis lebih bermakna dengan penyertaan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Pembangunan Insan dan Penerangan Negeri Terengganu.

Agihan juadah sahur telah diadakan sekitar Hentian Bas Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya. Ianya sebagai tanda prihatin dan cakna kepada golongan berkenaan. Semoga ada sinar untuk mereka menjalani kehidupan lebih baik dan terurus di masa depan.

Turut hadir pimpinan utama PERKIM Terengganu termasuk Pengerusi, Prof Dr Ramle Abdullah, Setiausaha, Ustaz Hj Abd Ghafar Mamat, Bendahari, Ustaz Mohd Rosli Wahab , Penolong Setiausaha, Puan Robiah Ismail , Dr Mohamad Hafis Amat Simin , AJK dan juga Pegawai PERKIM Negeri, Encik Mohd Subri Jaafar serta Encik Amer Imran dan Cik Nurul Amirah Urusetia PERKIM Terengganu.

Agihan juga diteruskan kepada petugas-petugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Terima kasih kepada YB Ustaz Haji Mohd Nor Hamzah dan semua pihak yang bekerjasama menjayakan program ini.

#santunigelandangan

#prihatinasnaf

#mogaadasinar

#kelabperkimunisza

#bersamaustmohdnor

#ihyaramadhan

#fastabikulkhairat

#ramadhan1443

#perkimtrg2022