Syahadah


Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Mengucap dua kalimah syahadah ialah pengislaman. Upacara pengislaman dibuat atau diadakan di dalam suasana yang amat berbeza daripada yang lain-lain. Mengucap dua kalimah shahadah adalah hasil seseorang yang mencari Allah S.W.T. Dengan penerimaan shahadah itu, beliau telah dapat bertemu Allah S.W.T. dan telah menjadi tetamu Allah S.W.T. Dan orang itu telah menjadi seorang Muslim, seterusnya dia akan mempelajari agama Islam dan hidup dengan cara Islam. Mengucap dua kalimah shahadah ialah:

1. ASH-HADU AL LA ILAHA ILLA LLAH        2. WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH

Ertinya ;

AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MENLAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH YANG TERAKHIR.